PERTUBUHAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI MERANTI
Home | Sejarah | AJK Pertubuhan | Carta Pertubuhan | Peraturan | Minit-Minit Mesyuarat | Activiti | Link
Minit Bil.1/2004 Minit Bil.2/2004 Minit Bil.3/2004 Minit Bil.4/2004 Minit Bil.5/2004 Minit Bil.6/2004
Minit Bil.7/2004 Minit Bil.8/2004 Minit Bil.9/2004 Minit Bil.10/2004 Minit Bil.11/2004 Minit Bil.12/2004

CATATAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2004
TARIKH : 13 MAC 2004 @ 9.00 MALAM (SABTU)
TEMPAT : BLOK J2, PANGSAPURI SRI MERANTI, PERSIARAN MERANTI
BANDAR SRI DAMANSARA, 52200 KUALA LUMPUR.
KEHADIRAN : Hassan Bin Yaacob (Yang DiPertua) H7, Sulaiman Bin Mahiddin (Naib Yang DiPertua) H4, Faizal Md Latip (Setiausaha) H1, Zaharah Bt Abdul Rahman (Penolong Setiausaha) K4, Sulaiman Kok Bin Abdullah (Bendahari) H2, Che Suhana Bt Tungkai (AJK) F1, Abu Hassan B Mohd Zain (AJK) J3, Zarawi B Awang Hamat (AJK) M7, Khairi B Chek Ros (AJK) H7, Zakkeer Husain B Abd Wahid (AJK) J1, Suhaimi B Mohd Kassim (AJK) H4, Mohd Tarmizi B Mad Nor (AJK) H1, Abdul Samat B Hj Meerasa (AJK) K5, Muhd Zaki B Che Mat (AJK) H3, Abdul Wahab Ali G4, Muhd Wazir B Aziz H6, Razi Rahman J1, Mohd Azhar Baba J2, Azmi B Mohd Deni K2, Johan B Jaafar K3, Omar B Md Zain K4, Cheong Yee Seng K6, Azman Baharuddin L1, Mohd Irwan Rizal L3, Roslan B Daud M1, Mazlan B Wagimin M2, Eddie Adha B Yahya Ariff M3, Mohamad Fikri B Hj Majid M6, Anorpiah Mohd Yunos M8, Zaled Abdul Rahman M8, Hazmuddin B Abd Patta F2, Abdul Halim Chong B Abdullah F3, Wan Mohd Faizal F3, Azhan Jamil F3, Nik Ahmad Yusran F3, Mohd Faizal B Abdul Aziz F3, Mohd Hassan B Mustapha G1, Mohd Iskandar Saibon G2, Alijah Yahya G2, Razali G3, Ramdan Bin Yaakop G3, Rohaiza Mat Zain G4, Mohd Ridzuan Zamzuni G4, Haja Nazymudeen B Mohamed Kassim G4, Abdul Rahman Tompang G5, Sofia Hanif H1, Md Zahrul Azmadz H2, Ashahadi H2, Mujada H2, Ghazi Mohd Arshad H3, Umar Ismail H3, Mohd Ghazali H3, Nizan H3, Ghani H3, Joe Rai H3, Adie H3, Mustafa Saad H4, Mahadi Mat Zin H4, Hairin Ebin H4, Azhar Nordin H4,Khairi Harun H5, Arifin B Amir H5, Nairazlin Nasim H6, Hasnah H6, Siti Rozana H6, Mohd Faizal B Zulfakri H6, Zairul Anuar Che Abdullah H6, Mohd Zahari B Zainudin H6, Mohd Nazit H7, Yusri Mokhtar H7, Omar J-, Yusran Muhammad J1, Ahmad Hambali J2, Kamarulzaman J2, Mohd Sastro J3, Shahrimal J3, Lizal Adha J-,Jamaludin J3, Zaikai Ismail K1, Kedai Sanusi K2, Zaidi K3, Rosli K3, Zahdrah K4, Syakur K4, Mohd Yusof K5, Zubillah B Ahmad K6, Razali B Miraus K6, Mohd Rezduan L3, Mod Ridwan L3, Shaikh Shazalan M2, Sobri M2, Azman M6, Razali B Basar M7, Hamdan M8.

1. PENDAHULUAN
1.1. Tuan Pengerusi sementara mengucapkan ribuan terima kasih di atas perlantikan beliau sebagai pengerusi sementara dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua wakil penghuni Pangsapuri Sri Meranti.
1.2. Tuan Pengerusi juga mengharapkan agar semua wakil dari setiap blok dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh keiklasan dan dedekasi.
1.3. Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada penghuni Pangsapuri Sri Meranti yang baru berpindah sama ada yang menduduki rumah sendiri atau secara menyewa.
1.4. Tuan Pengerusi memaklumkan tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk membincangkan bagi :-
1.4.1.Mendapat persetujuan untuk menubuhkan Pertubuhan penduduk di Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti.
1.4.2.Mendapat kelulusan tentang penggunaan nama pertubuhan yang akan ditubuhkan nanti.
1.4.3.Alamat yang akan digunapakai sebagai alamat Pertubuhan yang akan diwujudkan nanti.
1.4.4.Melantik ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan.
1.4.5.Menetapkan yuran yang akan dipungut daripada penghuni.

2. PERKARA DIBINCANGKAN
2.1.Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran Pertubuhan dan Ahli Jawatankuasa Blok
2.1.1.Mesyuarat telah bersetuju dan meluluskan apabila kelulusan Pertubuhan diperolehi nanti perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi setiap blok wajar dibuat.
2.1.2.Mesyuarat bersetuju sebulat suara dan meluluskan perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk Pendaftaran Pertubuhan tidak perlu begitu ramai bagi mengelakkan sukaran hendak mengadakan mesyuarat.
2.1.3.Mesyuarat telah membuat persetujuan dan meluluskan untuk melantik nama Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran Pertubuhan adalah seperti berikut :-
1) YANG DIPERTUA - HASSAN BIN YAACOB
2) NAIB YANG DIPERTUA -SULAIMAN BIN MAHIDDIN
3) SETIAUSAHA - FAIZAL BIN MD LATIP
4) PENOLONG SETIAUSAHA - ZAHARAH BINTI ABDUL RAHMAN
5) BENDAHARI - SULAIMAN KOK BIN ABDULLAH
6) AJK - CHE SUHANA BINTI TUNGKAI
7) AJK - ABU HASSAN BIN MOHD ZAIN
8) AJK - KHAIRI BIN CHEK ROS
9) AJK - ZAKKEER HUSAIN B ABD WAHID
10) AJK - MOHD TARMIZI BIN MAD NOR
11) AJK - ZARAWI BIN AWANG HAMAT
12) AJK - SUHAIMI BIN MOHD KASSIM
13) AJK - ABDUL SAMAT BIN HJ MEERASA
14) AJK - MUHD ZAKI BIN CHE MAT
2.2.Pendaftaran Pertubuhan
2.2.1.Mesyuarat bersetuju dan meluluskan dengan sebulat suara untuk mendaftar Pertubuhan dengan nama Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
2.2.2.Pendaftaran akan dibuat dipejabat Pendaftaran Pertubuhan bawah Jajahan Wilayah Persekutuan memandangkan alamat dibawah Kuala Lumpur.
2.2.3.Atas persetujuan pemilik dan mesyuarat bersetuju dan memluluskan alamat yang akan digunakan pada masa sekarang untuk urusan pendaftaran Pertubuhan ialah H2-2-201, Blok H, Pangsapuri Sri Meranti, No.2, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur yang dimiliki oleh En. Sulaiman Kok Bin Abdullah.
2.3.Pendaftaran Ahli dan Yuran Ahli
2.3.1.Mesyuarat bersetuju sebulat suara dan meluluskan setiap ahli mengisi boring yang telah ditetapkan untuk pendaftaran dan mengenakan bayaran keahlian yang akan dimulakan pada bulan April 2004 seperti berikut :-
Bayaran masuk - RM5.00
Bayaran bulanan - RM2.00

3. HAL-HAL LAIN
3.1.Penghuni mencadangkan pendaftaran Pertubuhan dibuat dengan secepat mungkin untuk memudahkan aktiviti seterusnya dapat dejalankan dengan lebih tersusun dan tidak bercanggah dengan kehendak Pertubuhan.
3.2.Mengadakan rondaan secara sukarela sekitar pangsapuri sebelum jadual tetap dibuat oleh jawatankuasa sementara.
3.3.Mendapatkan bilik gerakan untuk Pertubuhan agar senang untuk membuat sebarang mesyuarat atau perjumpaan antara ahli den penghuni.
3.4.Mengadakan perbincangan dengan pihak Landgen Property Management Sdn Bhd untuk :-
3.4.1.Mengurangkan bayaran penyelenggaraan;
3.4.2.Menambah lampu jalan;
3.4.3.Membaiki pagar kawasan sekitar pangsapuri.
3.5.Menyedia tabung khairat Kebajikan/Kematian.
3.6.Mengadakan atau mewujudkan tapak pasar malam untuk kawasan Bandar Sri Damansara.
3.7.Mempercepatkan penyerahan surau yang akan digunakan untuk kemudahan penghuni berjumaah di samping aktiviti yang bercorak keagamaan dapat dihidupkan

4. Penutup
4.1.Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Perbincangan/Mesyuarat pada 13 Mac 2004 ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

    Disediakan oleh : Faizal Md Latif (Setiausaha)
    Disahkan Oleh : Hassan B Yaacob (Yang Dipertua)