PERTUBUHAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI MERANTI
Home | Sejarah | AJK Pertubuhan | Carta Pertubuhan | Peraturan | Minit-Minit Mesyuarat | Activiti | Link
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peraturan-Peraturan Kediaman

PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN

PERATURAN 1 - Nama Pertubuhan

  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur yang selepas ini disebut 'Pertubuhan'.

PERATURAN 2 - Alamat Tempat Urusan

  1. Alamat tempat urusan Pertubuhan ialah H2-2-201, Blok H, Pangsapuri Sri Meranti No. 2, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur atau tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
PERATURAN 3 - Tujuan dan Objektif
  1. Tujuan Pertubuhan ini ialah untuk :-
    a) Menjadikan sebagai ahli pertubuhan yang disebut dibawah Peraturan 4 dan memajukan kepentingan penghuni dalam bidang perhubungan kejiranan, kemasyarakatan, muhibbah dan berilmu pengetahuan.
    b) Mengatur perhubungan di antara penghuni bagi maksud melaksanakan keamanan bersama dan mengekalkan perhubungan yang baik antara penghuni.
    c) Mengatur perhubungan di antara penghuni dengan penghunii atau penghuni dengan pertubuhan dan menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka dengan cara aman dan bermaufakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak pertubuhan.
    d) Memajukan kebajikan penghuni dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan mengikut undang-undang.
    e) Memberi bantuan kepada penghuni jika dipersetujui oleh Jawatankuasa, seperti pembiayaan di masa teraniaya atau dimasa terdesak.
    f) Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan dan menggubalkan Peraturan-Peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.
    g) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Pertubuhan penduduk yang sah di sisi undang-undang.
  2. Tujuan-tujuan ini hendaklah dilaksanakan menurut Peraturan-peraturan ini, Akta Pertubuhan, 1966 dan undang-undang bertulis yang ada kaitan.

PERATURAN 4 - Keahlian

  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
  2. Seseorang ahli Pertubuhan yang belum mencapai umur 21 tidak boleh menjadi Pegawai atau Pemegang Amanah Pertubuhan.
  3. Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dilakukan dengan megisi borang menjadi ahli dan hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang ditentukan oleh Pertubuhan dan menyampaikan kepada Setlausaha. Setiausaha hendaklah menyampaikan permohonan itu kepada Majlis Jawatankuasa Agong untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Agung boleh menolak sebarang pemohonan menjadi ahli mengikut budibicaranya tanpa memberi sebarang alasan.
  4. Apabila permohonan sesaorang itu diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan yuran masuk serta yuran bulanan yang pertama telah dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar Ahli/Yuran sebagal ahli.
  5. Seorang ahli yang diterima masuk menjadi ahli dan kemudian berpindah seperti ditentukan dalam peruntukan Peraturan 4(l) akan dengan sendirinya terhenti menjadi ahli Pertubuhan. Nama hendaklah dikeluarkan dari Daftar Ahli/Yuran.
  6. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terdahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
  7. Setiap ahli hendaklah diberi senaskah Peraturan-peraturan Pertubuhan dengan percuma apabila diterima sebagai ahli.

PERATURAN 5 - Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain

  1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-
  2. Sebarang kenaikan yuran hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Peraturan 7 dan pindaan undang-undang Peraturan 16.
  3. Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam masa 7 hari dari awal tiap-tiap bulan.
  4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.
  5. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti danpada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memenntahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  6. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  7. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijadikan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang gagal membayar yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan maka wang ini akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

PERATURAN 6 - Pemberhentian dan Pemecatan Ahli

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan mana baik Pertubuhan bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan menasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara betulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.

PERATURAN 7 - Mesyuarat Agung

  1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oieh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :-
    a) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan kerja Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;
    b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
    c) Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang;
    d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yag telah diauditkan. Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di tempat urusan Pertubuhan.
  5. Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:-
    a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
    b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 115 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
  6. Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah diedar oleh Setiausaha kepada semua alill sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.
  8. Perenggan (1) dan (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  9. Setiausaha hendakah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salianan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya Mesyuarat itu.

PERATURAN 8 - Jawatankuasa

  1. Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-
    a) Seorang Yang Dipertua b) Seorang Naib Yang Dipertua
    c) Seorang Setiausaha d) Seorang Penolong Setiausaha
    e) Seorang Bendahari f) Seorang Ahli Jawatankuasa Biasa Dari Tiap-tiap Blok.
  2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas pemerintah Pertubuhan hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
  3. Nama untuk jawatan di perenggan (1) di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemillhan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahil-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
  4. Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
  5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan surat pekeliling.
  7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
  8. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Jawatankuasa berkuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  9. Jawatankuasa boleh memberikan arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. la boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
  10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

PERATURAN 9 - Kewajipan-kewajipan Pegawai

  1. Yang Dipertua, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia menpunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
  2. Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. la bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. la hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(l) Akta Pertubuhan, 1966.
  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setlausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. la hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab ke atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Dipertua dan Setlausaha.
  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

PERATURAN 10 - Kewangan

  1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah.
  2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM100.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Kerana ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangam cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM100.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM100.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.
  5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik mengikut undang-undang 10 setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
  6. Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari lhb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

PERATURAN 11 - Pemeriksa Kira-kira

  1. Dua orang bukannya pegawai pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
  2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga, dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

PERATURAN 12 - Pengamanah

  1. Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu surat Amanah (Deed of Trust).
  2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa Mesyuarat Agung Pertubuhan.
  3. Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang oleh Pengamanah maka, kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantlk di dalam Mesyuarat Agung.

PERATURAN 13 - Tafsiran Undang-undang

  1. Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.
  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

PERATURAN 14 - Penasibat/Penaung

  1. Jawatankuasa boleh, jika, difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini.

PERATURAN 15 - Larangan

  1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
  2. Pertubuhan ini tidak boleh mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung di dalam kegiatan politik.
  3. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga. barang-barang atau mengambil pesanan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
  4. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada plhak berkuasa berkenaan.
  5. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahli.
  6. Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan, menjadi penasihat atau pekerja Pertubuhan ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966.

PERATURAN 16 - Pindaan Undang-undang

  1. Undang-undang ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Pemohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dan tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

PERATURAN 17 - Pembubaran

  1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
  2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
  3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tankh pembubaran itu.
    Nama : HASSAN BIN YAACOB Nama : FAIZAL BIN MD LATIP Nama : SULAIMAN KOK BIN ABDULLAH
    Jawatan : YANG DIPERTUA Jawatan : SETIAUSAHA Jawatan : BENDAHARI
    Nama : SULAIMAN BIN MAHIDDIN Nama : ZAHARAH BT ABD RAHMAN
    Jawatan : NAIB YANG DIPERTUA Jawatan : PENOLONG SETIAUSAHA