PERTUBUHAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI MERANTI
Home | Sejarah | AJK Pertubuhan | Carta Pertubuhan | Peraturan | Minit-Minit Mesyuarat | Activiti | Link
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peraturan-Peraturan Kediaman

PERATURAN-PERATURAN KEDIAMAN

PEMAJU
SRI DAMANSARA SDN BHD
14, Jalan Tanjung SD13/1, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
TEL: 03-62720475 FAX: 03-62768971, 62748612
PENGURUS HARTA
LANDGEN PROPERTY MANAGEMENT SDN BHD
17 Jalan Meranti SD13/4, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
TEL: 03-62803811/12 FAX: 03-62725853

1. PENDAHULUAN
1.1Umum
(a)Tujuan mengadakan Peraturan Kediaman rumah pangsa adalah seperti berikut :
-Mengujudkan cara hidup harmoni di kalangan penduduk setempat.
-Melindungi penduduk daripada sebarang gangguan / kekacauan berpunca dari penyalahgunaan flet.
-Mengekalkan reputasi dan prestasi flet.
-Menikmati penggunaan unit kediaman serta kemudahan-kemudahan yang disediakan secara maksima.
-Mengelakkan penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
-Mengekalkan kemudahan agar sentiasa berkeadaan baik dan berfungsi.
(b)Peraturan Kediaman rumah pangsa diujudkan sebagai garispanduan bagi mentadbir cara hidup dan penggunaan kemudahan yang disediakan. Semua penduduk, tetamu atau mana-mana individu lain yang berada di dalam kawasan flet ini tertakluk kepada Peraturan Kediaman ini. Pihak Pengurusan berhasrat mewujudkan keselesaan dan keamanan, kerjasama penduduk untuk mematuhi segala peraturan, tersebut amat diharapkan.
(c)Pihak Pengurusan bertanggung jawab penuh untuk melaksanakan Peraturan Kediaman ini di samping berhak mengubah Peraturan Kediaman dari masa ke semasa tanpa perlu berunding dengan penduduk. Walau bagaimanapun sebarang cadangan secara bertulis dialu-alukan dari penduduk dan Pihak Pengurusan berhak untuk menerima atau menolak mana-mana cadangan tersebut. Peraturan Kediaman hanya akan diubah untuk menjaga kepentingan majoriti penduduk dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.
1.2Definisi
"Flet" merujuk kepada 'rumah pangsa'; termasuk unit-unit flet individu di kawasan flet.
"Pemilik" merujuk kepada orang yang memiliki unit flet secara sah dari segi undang-undang.
"Tetamu" merujuk kepada mana-mana orang yang bukan pemilik yang menghuni atau penyewa; dan hadir ke kawasan flet secara jemputan oleh mana-mana pemilik yang menghuni atau penyewa flet.
"Penyewa" merujuk kepada orang yang pada masa itu menyewa mana-mana unit flet.
"Penduduk"merujukkepadasamaadapenyewaataupemilik mana-mana unit flet dan pada masa yang sama menghuni flet tersebut.
"Pihak Pengurusan" merujuk kepada pemaju atau manamana wakil / agen pengurusan yang dilantik oleh pemaju untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan ini.
"Mana-mana individu lain" termasuklah kontraktor, penghantar barang dan lain-lain.

2.0 PENGHUNIAN
2.1Maksud Kegunaan
Unit-unit flet ini adalah untuk tujuan kediaman sahaja dan tidak boleh digunakan bagi tujuan lain (secara sah atau sebaliknya) yang boleh menjatuhkan reputasi flet atau berlawanan dengan syarat nyata kegunaan.
2.2Tetamu
Semua penduduk bertanggung jawab memastikan tetamu mereka mematuhi Peraturan Kediaman di setiap masa dan menghormati hak penduduk flet ini. Setiap penduduk berkewajipan terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh tetamunya.
2.3Haiwan Peliharaan
Penduduk dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk, memelihara atau menyimpan di sekitar atau dalam unit fletnya mana-mana haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan lain-lain yang boleh menyebabkan kebisingan atau gangguan kepada penduduk lain. Pihak Pengurusan berhak merampas haiwan peliharaan yang didapati berkeliaran di kawasan harta bersama/ kawasan awam tanpa perlu merujuk kepada tuanpunya dan tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian.
2.4Larangan Membuat Bising
(a)Setiap penduduk perlu mengawal tindak-tanduknya bagi mengelak kebisingan atau gangguan kepada penduduk setempat. Penduduk dilarang keras membuat bising secara berlebihan, berkelakuan liar atau tidak seronoh.
b)Penduduk dinasihatkan mengawal bunyi radio, TV, set hi-fi dan lain-lain peralatan elektronik yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan penduduk setempat.
c)Penduduk dinasitat tidak membunyikan hon tanpa sebab munasabah atau menghidupkan enjin motosikal di koridor bangunan yang boleh mengganggu atau menyebabkan kemarahan penduduk setempat.
d)Penduduk juga bertanggung jawab menasihat sesiapa yang didapati membuat bising termasuk pemandu kenderaan bermotor di sekitar kawasan flet dan kanak-kanak terutama menjelang lewat malam. lbu bapa / penjaga perlu melarang anak-anak di bawah umur atau tiada lesen memandu dari memandu kenderaan di sekitar kawasan flet bagi mengelak kejadjan yang tidak diingini.
e)Penduduk digalak mengadakan majiis keramaian di dalam unit flet masing-masing. Penduduk yang bercadang mengadakan majiis keramaian di kawasan harta bersama / kawasan awam mesti mendapat kebenaran bertulis dan ditamatkan sebelum atau pada waktu yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan di samping perlu mengawal kadar kebisingan agar tidak mengganggu penduduk setempat.
2.5Hak Mengunakan Kemudahan Yang Disediakan
Hak menggunakan kawasan harta bersama/kawasan awam dan kemudahan di dalamnya berpindah kepada penyewa apabila unit flet disewakan dan pemilik tidak berhak menggunakan kemudahan tersebut walaupun ianya pemilik berdaftar.
2.6Pengunaan Kakitangan Pengurusan
(a)Mana-mana penduduk tidak dibenar menggunakan kakitangan Pihak Pengurusan bagi urusan peribadi atau suruhan. Kakitangan pengurusan dan penyelenggaraan hanya boleh terlibat dalam kegiatan penduduk dengan kebenaran Pihak Pengurusan.
(b)Tiada upah atau sagubati dibenarkan ke atas mana-mana kakitangan Pihak Pengurusan yang menjalankan tugas secara lazim.
2.7Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
Tidak dibenarkan apa-apa aktiviti penjualan barangan atau perkhidmatan atau perkumpulan berbau politik di dalam unit flet.
2.8Bahan Mudah Bakar
Bahan mudah terbakar seperti keluaran petrol atau merbahaya, menyebabkan asap atau berbau busuk / keras tidak boleh disimpan atau digunakan dalam amaun yang melebihi keperluan isi rumah.

3.0 KAWASAN HARTA BERSAMA / KAWASAN AWAM
3.1Larangan Menghalang Kawasan Harta Bersama / Kawasan Awam
Mana-mana bahagian tangga, bawah tangga, koridor, lobi dan tepi bangunan tidak boleh dihalang atau digunakan bagi tujuan selain dari yang diperuntukkan. Motosikal, basikal, permainan kanak-kanak, 'roller-skate', 'skate-board' dan sebagainya tidak boleh digunakan, ditempatkan atau ditinggalkan di kawasan harta bersama / kawasan awam selain dari tempat yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut sahaja.
3.2Tanaman Berpasu
Tanaman berpasu perlu diletakkan dalam bekas yang sempurna bagi mengelak air siraman dan tanah baja dari menitik atau jatuh ke unit flet atau kawasan harta bersama / kawasan awam di tingkat bawah. Semua penduduk perlu memastikan tanaman berpasu atau sebarang objek lain tidak diletakkan secara merbahaya atau berdekatan perimeter unit flet yang berkemungkinan akan jatuh dan mencederakan orang lain atau, kerosakan kepada harta di tingkat bawah.
3.3Kebersihan Dinding Luar Bangunan
Semua penduduk flet perlu menjaga etika ketika membersihkan kawasan luar unit flet bagi menghalang air dari mengalit ke kawasan luar bangunan atau unit flet lain.
3.4Tanggungyan Ke Atas Kerosakan Harta Benda Awam
Apa-apa kerosakan atau kemusnahan ke atas harta benda awam akan ditaksir oleh Pihak Pengurusan dan kos pembaikan dan / atau penggantian akan di caj kepada penduduk terlibat walaupun ianya tidak dilakukan oleh penduduk itu sendiri tetapi oleh sama ada tetamu, penyewa, wakil atau kontraktor yang dilantik oleh penduduk terlibat itu.
3.5Keseragaman Bahagian Luar Flet
(a)Bagi mengekalkan imej flet, keseragaman bahagian luar bangunan perlu dikekalkan dari segi rupabentuk, warna cat dan lain-lain sebagaimana asal.
Semua penduduk tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian atau sambungan melalui pintu atau tingkap atau mengecat bahagian luaran. Pemasangan gril dan awning tidak dibenarkan tanpa kebenaran pemasangan mewajibkan penduduk mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pemaju atau Pihak Pengurusan terutama dari segi penentuan corak dan warna. Pemasangan gril adalah terhad di dalam ruang atau bahagian fletnya sahaja.
(b)Penyapu, mop, kotak, notis, iklan, poster dan lain-lain barang persendirian tidak dibenarkan sama sekali di letak di mana-mana kawasan harta bersama / kawasan awam dengan apa jua cara dan dapat dilihat dengan jelas dari arah luar unit flet.
(c)Setiap penduduk unit flet perlu memastikan tiada apa-apa barang persendirian selain dari yang dibenarkan oleh Pihak Pengurusan diletakkan di bahagian luar unit flet masing-masing. Penduduk tidak dibenarkan membuat apa-apa binaan konkrit atau pemasangan ampaian melebihi had balkoni atau tinglcap bagi tujuan menjemur pakaian.
(d)Semua paku, skru atau seumpamanya yang dipasang di pemukaan luar bangunan flet hendaklah dari bahan tahan karat bagi mengelak kekotoran atau tompokan kotor di permukaan luar tersebut.
3.6Kemudahan Dan Peralatan Di Kawasan Harta Bersama / Kawasan Awam
Semua kemudahan dan peralatan yang ditempatkan dan atau dipasang di kawasan harta bersama / kawasan awam adalah disediakan untuk keselamatan, keselesaan dan kemudahan semua penduduk maka. tidak boleh dirosak, dimusnah, diubahsuai atau dipindahkan tanpa kebenaran bertulis Pihak Pengurusan.

4.0 TEMPAT LETAK KENDERAAN
4.1Peruntukan Tempat Letak Kenderaan
Peruntukan tempat letak kenderaan berdasarkan kepada "siapa cepat dia dapat" dan tiada petak khusus diperuntukkan bagi mana-mana penduduk. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggung jawab terhadap keselamatan mana-mana kenderaaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan flet ini. Setiap penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan masing-masing. Penduduk tidak dibenar mendirikan sebarang pondok sebagai tempat letak kcnderaannya. Semua peraturan berkaitan tempat letak kenderaan tidak boleh diubah tanpa kelulusan Pihak Pengurusan.
4.2Kenderaan Lama (Usang) Dan / AtauTidak Lagi Digunakan
Pihak Pengurusan berhak menarik keluar dari kawasan flet ini mana-mana kenderaan lama (usang) dan / atau tidak lagi digunakan tanpa perlu menanggung apa-apa kos kerosakan yang mungkin timbul sepanjang ia ditarik keluar.
4.3Pembaikan Kenderaan
Kerja-kerja pembaikan besar tidak boleh dijalankan di kawasan tempat letak kenderaan flet. ("Pembaikan besar" termasuk pembaikan yang melibatkan bunyi berlebihan atau tumpahan minyak atau kotoran).
4.4Risiko Ke Atas Pemilik Kenderaan
Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecurian, kehilangan, kerosakan atau sebarang kesalahan dari segi undang-undang yang berlaku ke atas mana-mana kenderaan (termasuk barangan di dalamnya) yang diletakkan di tempat letak kenderaan flet.
4.5Pembinaan Struktur Tambahan Tempat Letak Kenderaan
Tidak dibenarkan apa-apa binaan atau struktur tambahan di kawasan tempat letak kenderaan flet.
4.6Motosikal, Basikal Dan Lain-lain.
Motosikal, basikal dan lain-lain kenderaan yang sejenis dengannya perlu diletakkan di tempat letak kenderaan yang disediakan dan tiada sebab untuk diletakkan di tempat selain daripada itu.

5.0 PEMBUANGAN SAMPAH / SISA BUANGAN
5.1Sampah Berkuantiti Kecil
Sampah dapur perlu dimasukkan ke dalam beg plastik tidak poros dan diikat kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di rumah sampah berhampiran flet masing masing. Pastikan sampah dapur bebas dari berair bagi mengelakkannya menitis ke lantai kawasan harta bersama / kawasan awam. Penduduk tidak dibenarkan mencampak sampah keluar dari tingkap atau pintu unit flet atau meninggalkannya di mana-mana kawasan harta bersama / kawasan awam.
5.2Pintu Rumah Sampah
Pastikan pintu rumah sampah sentiasa bertutup selepas digunakan untuk mengelak haiwan atau serangga masuk dan mengotorkan sampah menyebabkannya berterabur.

6.0 KERJA-KERJA PEMBAIKAN / MENAIK TARAF UNIT FLET
6.1Waktu Bekerja
Kerja-kerja pembaikan atau menaik taraf unit flet hanya dibenarkan dalam waktu bekerja iaitu:
	 Isnin – Jumaat	: 9.00 pagi - 5.00 petang
	 Sabtu		: 9.00 pagi - 1.00 tengahari
	 Ahad & Cuti Umum	: Tidak dibenarkan
la bertujuan mengelak gangguan ke atas penduduk flet yang lain akibat kebisingan berpunca dari kerja-kerja tersebut.
6.2Deposit
(a)Deposit untuk kerja pengubah suaian dan kerja tambahan adalah seperti berikut:
        i.   Elektrik / penambahan pendawaian	RM200.00
        ii.  Kerja paip			RM200.00
        iii. Pemasangan lampu			RM150.00
        iv.  Penghawa dingin			RM200.00
        v.   Jeriji besi			RM150.00
        vi.  Ketukangan / ubah suai dalaman	RM300.00
6.3Pemasangan Alat Penghawa Dingin
Pemasangan penghawa dingin (air-condition) jenis 'split unit' sahaja dibenarkan dengan syarat compressor mesti dipasang mengikut kedudukan yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan.
6.4Penggunaan Kawasan Harta, Bersama / Kawasan Awam
Bahan atau alat pertukangan yang digunakan sepanjang kerja pembaikan atau menaik taraf perlu diletakkan secara sementara, berhati-hati dan kemas (jika di kawasan harta bersama / kawasan awam seperti di tangga, koridor d1l.) supaya tidak menghalang laluan awam dan mesti dibersihkan seperti asal setelah tamat kerja. Kontraktor yang dilantik hendaklah membawa keluar sisa buangan dari kawasan flet sebaik sahaja kerja pembaikan / menaik taraf selesai atau menggalak ketidak selesaan kepada penduduk / pemilik lain.
6.5Bekalan Air Dan Elektrik
Semua pemilik / penduduk / kontraktor tidak dibenar menggunakan paip air dan punca elektrik dari kawasan harta bersama / kawasan awam semasa menjalankan kerja-kerja pembaikan atau menaik taraf dan semasa pembersihan kotoran dan sampah sarap, akibat kerja tersebut.
6.6Batasan / Had Kerja Pembaikan Atau Menaik Tara
Kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf mesti dibatasi. Runtuhan atau pecahan dinding mana-mana struktur bangunan flet tidak dibenarkan sama sekali. Penduduk mesti mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu sama ada dari Pihak Pengurusan atau pihak berkuasa yang berkaitan dengan menepati syarat dan peraturan yang dikeluarkan.
6.7Tatacara Kontraktor
Setiap pemilik / penduduk bertanggung jawab ke atas tatacara kontraktor yang dilantiknya. Apa-apa kerosakan atau kemusnahan ke atas bangunan dan peralatan di dalamnya berpunca dari kerja-kerja tersebut atau kecuaian peribadi kontraktornya perlu diganti atau dibaiki di bawah tanggungan pemilik / penduduk terlibat.
6.8Tanggungjawab Pemilik
(a)Pemilik adalah bertanggung-jawab di atas sebarang kemalangan atau kerosakan struktur yang disebabkan oleh kerja pengubah-suaian samada mematuhi atau tidak syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan.
(b)Rumah ini dibina melalui sistem konkrit pasang siap (precast concrete). Oleh itu pemilik tidak dibenarkan membuat pengubah-suaian ke atas struktur yang sedia ada tanpa kebenaran pihak pengurusan. Sebarang kerosakan disebabkan oleh kerja pengubah-suaian yang tidak dibenarkan atau di luluskan oleh pihak pengurusan tidak lagi tertakluk di dalam Tempoh Tanggungan Kerosakan (DLP) dan sebarang kos baik pulih akan ditanggung oleh pemilik unit itu sendiri.

7.0 KEMUDAHAN AWAM DAN REKREASI
7.1Peraturan Am
(a)Bagi mengekalkan keselesaan hidup di flet ini, penduduk terutamanya perlu menggunakan semua kemudahan awam dan rekreasi yang disediakan dengan sebaik mungkin.
(b)Setiap penduduk bertanggung jawab ke atas apa-apa kerosakan yang dilakukannya atau oleh tetamunya. Sebarang kerosakan sebelumnya perlu dilaporkan kepada Pihak Pengurusan bagi tujuan pembaikan atau tindakan selanjutnya.
(c)Pihak Pengurusan berhak menanya atau menyoal mana-mana individu atau pihak yang menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pengenalpastian (jika perlu) dan / atau menghalang dari menggunakan kemudahan tersebut jika didapati individu atau pihak itu melanggar syarat dan peraturan penggunaan kemudahan awam dan rekreasi di flet tersebut.
(d)Selain dari memerlukan langkah-langkah penjagaan oleh Pihak Pengurusan ke atas kemudahan awam dan rekreasi, semua penduduk turut bertanggung jawab ke atas sebarang risiko ketika menggunakan kemudahan tersebut. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kecederaan atau kerugian yang beriaku.
(e)Syarat dan peraturan penggunaan kemudahan awam boleh diubah tanpa pemberian notis.

8.0 LAIN-LAIN KEMUDAHAN
Penetapan peraturan dan garis panduan penggunaan lain-lain kemudahan akan dibuat mengikut masa yang sesuai.

9.0 NOTA PENTING
9.1Penafian Tanggungan
Pihak Pengurusan, wakil dan kakitangannya tidak bertanggung jawab ke atas apa-apa tuntutan kehilangan, kerosakan atau kemusnahan harta persendirian atau kecederaan atau kematian mana-mana individu di flet ini.
9.2Syarat Dan Terma Perjanjian Jual Beli (S&P)
Syarat dan peraturan yang termaktub di dalam Peraturan Kediaman ini adalah sebagai tambahan dan bukan pengurangan terhadap syarat dan terma, penetapan atau batasan yang termaktub di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) dan perundangan yang berkaitan.
9.3Perubahan Dan Pengubahsuaian
Pihak Pengurusan berhak mengubah, mengubah suai atau menukar mana-mana atau semua peruntukan Peraturan Kediaman ini dari masa ke semasa jika difikirkan perlu untuk kepentingan semua pihak terlibat.